15 July 2011

Home » , » Sensual Whitening Cream ~ beracun la pulok

Sensual Whitening Cream ~ beracun la pulok

Produk kecantikan Sensual Whitening Cream disahkan oleh kementerian kesihatan bahawa produk kecantikan Sensual Whitening Cream itu mengandungi racun di dalam produk kecantikan Sensual Whitening Cream tersebut. Ini adalah amaran buat kaum wanita yang mungkin telah membeli atau pernah menggunakan produk kecantikan Sensual Whitening Cream diminta mendapatkan pemeriksaan kesihatan di pusat rawatan berhampiran untuk mengelakkan dari berlakunya komplikasi yang lebih teruk.
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan “Sensual Whitening Cream” berikutan pengesanan racun berjadual dalam produk penjagaan kulit itu. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut dikesan mengandungi bahan logam berat merkuri yang dilarang dalam produk kosmetik yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.
Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk itu diarah menghentikan penjualan dan pembekalan produk itu dengan serta merta dan menarik balik semua stok dalam pasaran dalam tempoh 72 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Eisah berkata, pengguna produk itu boleh menyebabkan ruam dan rasa gatal pada bahagian kulit dan pada masa sama boleh merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang.
Beliau juga berkata, wanita mengandung yang menggunakan produk itu mungkin tidak mengalami simptom keracunan raksa (merkuri), tetapi boleh menyebabkan keracunan teruk kepada fetus mengakibatkan kerosakan otak dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

1 comment:

aboyandnick said...

Semalam lepas jer tengok pasal bread sculpture dalam blog kami ada seorang ni yang nak sgt belajar macam maner nak buat benda tu. Jadi hari ni kami sedikan sesuatu yang menarik untuk anda semua "LEARN BREAD SCULPUTE". KAMI SAJIKAN UNTUK ANDA MARI SAMA2 KITA KONGSIKAN. SEMOGA MEMUASKAN HATI ANDA SEMUA...
http://dapurbujang-aboyandnick​.blogspot.com/2011/07/learn-ab​out-bread-sculpture.html