09 July 2011

Home » » ~Melayu Mudah Lupa~ & ~ Sumpah Melayu~

~Melayu Mudah Lupa~ & ~ Sumpah Melayu~

 Sajak nukilan Dr. M
Hayatilah wahai anak muda bangsa..berfikirlah asal usul kemerdekaan, renungilah sejarah negara kita..Jgn mudah hati dibakar oleh mereka yg. inginkn perubahan secara mendadak..Melayu hampiri zaman keretakan sesama sendiri, ingatlah demi kesejahteraan anak cucu korg :(


Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
...

No comments: