02 July 2011

Home » » Gmbr kawen Noh huJan ~ Misz Nina eh, Mrs. NiNa ;)

Gmbr kawen Noh huJan ~ Misz Nina eh, Mrs. NiNa ;)

Hari Jumaat lepas, majlis nikah noh hujan bersama pasangannya mizz nina. Mizz nina dan noh hujan merupakan penyanyi popular yang semestinya dikenali ramai. Majlis perkahwinan mereka ini dilangsungkan di Ampang Jaya dengan majlis tertutup hanya untuk keluarga terdekat sahaja. 
Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.
Pihak Noh menyerahkan tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 . 
Manakala Pihak Mizz Nina  membalas tujuh dulang hantaran  yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin. Semua hantaran disediakan oleh perunding majlis perkahwinan, Eddy dari Favors.

No comments: