04 June 2011

Home » , » The new Myvi 2011

The new Myvi 2011

Myvi baru sudaa tibe...bg peminat perodua, kreta kali ni kurang lengkung mcm myvi..katanyee..dgn tagline "Lagi best" sama2 kita nantikan ;)

Menjelang pelancaran rasmi Perodua Myvi generasi terbaru di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 16 Jun ini yang dijadual akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah membuka tempahan untuk model itu mulai 4 Jun 2011.
Myvi 2011 Tempahan Perodua Myvi 2011 dibuka mulai 4 Jun 2011, deposit RM400.00 sahaja
Deposit sebanyak RM400.00 diperlukan untuk membuat tempahan. Tempahan boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara mulai Sabtu ini.

Myvi 2011 interior Tempahan Perodua Myvi 2011 dibuka mulai 4 Jun 2011, deposit RM400.00 sahaja

Saya telah melihat gambar terbaru Perodua Myvi Extreme 1.5 liter berwarna kuning melalui ‘insider’ petang tadi. Apa yang boleh dikatakan ialah beberapa perubahan melibatkan pertambahan side skirt depan, tepi dan belakang, dikombinasikan bersama warna hitam di bahagian lampu kabus, serta spoiler belakang sporty, menjadikan model itu sangat-sangat sporty dan menawan.
Masih belum ada maklumat bila Myvi Extreme akan dilancarkan, cuma jangkaan ianya bakal dilancarkan dalam suku keempat tahun ini. Jika harga Perodua Myvi 2011 1.3 liter Elegance (Auto) mencecah RM57k, anda boleh bayangkan berapa harga sebenar Perodua Myvi Extreme. Mungkin melebihi RM60k, agak mahal namun melihat kepada rekaan dan gaya sportynya tadi, Perodua Myvi Extreme bakal laris seperti goreng pisang panas.

credit to: http://www.arenakereta.com

No comments: