31 May 2011

Home » , » Bonda Sultan Selangor mangkat

Bonda Sultan Selangor mangkat


Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi.

Datuk Munir cakap jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.
Almarhum merupakan isteri pertama kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ramai yg x tau part neh (bdk2 muda la especially).Tu pasal la Sultan Sharafudin naik, kalo x, sape yg naik?? haaaa, gi blaja sjarah Selangor lg ;)

Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Patut la petang semlm aku nmpak bederet kreta kerabat turun dr kelab shah alam..Al-fatihah


No comments: