12 February 2011

Home » » Delusional Disorder

Delusional Disorder

 


Semlm berborak ngan kwn baru tntg kaunseling, agak tertarik dan takut bile ktorg bckp ttg sakit delusions. Aku pn x sedar sebenarnye pnykt ni mcm 'ade je kt keliling aku'. Pnykt ni jd bile kite dgr suara lain, tp bkn histeria, kalo dlm kartun tu ade setan kt tlinga kiri, angel kt belah kanan la :)


Pnykt ni namanye gejala schizofrenia atau gangguan mental. Tp jgn slh anggap, schizofrenia bukan gila. Jangan panggil ia gila kerana gila adalah perkataan yang terlalu kejam, sedangkan mereka hanya mengalami gangguan mental yang boleh diubati. Pastu aku pn terus je google word ni.

Schizofrenia dianggap antara gangguan mental yang biasa dan dianggarkan membabitkan satu peratus daripada jumlah penduduk atau 250,000 orang. Paling memeranjatkan, ia kerap melanda golongan muda dan lebih ramai lelaki muda mengalami schizofrenia pada umur 15 hingga 30 tahun berbanding wanita. Di seluruh dunia, dianggarkan 24 juta pesakit mengalami masalah ini.


Menurut Perunding Psikiatri dan Epidemiologi Klinikal, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur, Dr Salina Abdul Aziz, pesakit lelaki paling ramai mengalami masalah schizofrenia ketika berumur 21 hingga 30 tahun dan bagi wanita insiden boleh berlaku pada dua peringkat umur iaitu antara 21 hingga 30 tahun dan 31 hingga 40 tahun.

Malah, orang Melayu juga dicatat paling ramai mengalami gangguan mental (1,336 orang pada 2004) berbanding Cina dan India; namun angka ini mungkin bukan gambaran sebenar kerana ia dibuat berdasarkan taburan penduduk (jumlah penduduk Melayu di negara ini jauh lebih tinggi daripada bangsa lain).

Namun seperkara yang menarik ialah ramai pesakit adalah orang bujang. Bagaimanapun, orang yang mendirikan rumah tangga turut mengalami masalah gangguan mental diikuti individu yang bercerai, balu dan berpisah.

Hasil kajian juga mendapati golongan yang berpendidikan sederhana iaitu sama ada hanya tamat sekolah rendah atau menengah paling ramai mengalami schizofrenia. Schizofrenia juga menyebabkan 68 peratus pesakit tidak dapat bekerja atau tidak pernah bekerja.

Jika anda ada ahli keluarga yang menunjukkan gejala schizofrenia, jangan putus harapan kerana gangguan mental ini boleh dirawat. Masalahnya, ramai pesakit di negara ini lambat mendapatkan rawatan dan hampir separuh perlu dimasukkan ke hospital.

Kelewatan ini menyebabkan proses pemulihan menjadi sukar dan mengambil masa lama. Lebih membimbangkan, schizofrenia yang tidak dirawat boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan lain dan 50 pesakit disahkan mengalami masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Lebih menyedihkan, hanya 28 peratus pesakit meneruskan pengambilan ubat selepas setahun menjalani rawatan, manakala 26 peratus tidak mendapatkan rawatan susulan, 46 peratus lagi berpindah ke pusat rawatan baru dan lima peratus lagi meninggal dunia.

Punca schizofrenia

Walaupun ia dikatakan penyakit keturunan, kajian mendapati 75 peratus kes tiada kaitan dengan genetik. Hanya 15 peratus pesakit dilaporkan datang daripada keluarga yang mengalami schizofrenia (enam peratus membabitkan ibu bapa dan sembilan peratus adik-beradik).

Saintis percaya ia disebabkan beberapa faktor yang merangsang kepada gangguan mental, termasuk ketidakseimbangan kimia otak dipanggil dopamin yang dihasilkan berlebihan hingga menjejaskan fungsi otak.

Pesakit menunjukkan beberapa gejala, tetapi secara umumnya mereka lebih suka menyendiri, tidak mahu bercampur dengan orang lain, murung dan tidak boleh menumpukan perhatian. Malah, ada yang mengalami masalah delusi (gangguan pemikiran) dan halusinasi (gangguan persepsi).
Gejala schizofrenia dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

- Gejala positif - Ia paling mudah dikesan kerana pesakit menunjukkan tanda yang tidak berlaku pada orang sihat. Ini termasuk delusi seperti paranoid, sukar bercakap, fikiran bercelaru dan kadangkala perlakuan menjadi kelam kabut.

Pesakit juga kerap mengalami halusinasi dan mendakwa mendengar suara orang bercakap yang menyuruh mereka melakukan sesuatu perkara. Biasanya pesakit akan melakukan perbuatan yang dia sendiri tidak tahu akibatnya.

Pesakit juga lebih suka memencilkan diri, tidak mahu bercampur dengan orang lain, bercakap atau tersenyum seorang diri, mutu kerja merosot, sukar tidur, selalu berasa resah dan fikirannya menjadi perlahan.

- Gejala negatif - Ia merujuk kepada kehilangan keupayaan membuat perancangan, bercakap, menunjukkan emosi dan mencari kegembiraan dalam hidup. Gejala ini sukar dikesan dan ia sering disalah anggap dengan masalah kemurungan.

- Gejala kognitif - Pesakit mengalami kesukaran menumpukan fikiran, ingatan terganggu dan adakalanya mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan. Bagaimanapun, gejala ini sukar dikesan dan ia memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang dan mempengaruhi kehidupan pesakit.

Gejala lain termasuk kemurungan, keresahan berpanjangan dan kadangkala timbul keinginan membunuh diri.


Hampir 10 peratus pesakit schizofrenia mati cepat kerana membunuh diri. Kajian sejak 20 tahun lalu yang dijalankan di Singapura mendapati, tujuh peratus pesakit schizofrenia muda mati membunuh diri kerana tidak mendapat rawatan baik.

Stigma negatif orang sekeliling, terutama keluarga yang menganggap atau memanggil mereka  boleh membuatkan keadaan pesakit menjadi lebuh buruk. Ada pesakit menerima nasib lebih malang apabila keluarga membuang mereka.

Malah, sikap keluarga yang terlalu mengongkong, suka mengkritik, tidak memberi peluang pesakit berdikari, membuat keputusan atau melakukan kerja disukai sebenarnya turut merangsang kepada gangguan mental yang dialami pesakit.
Kurang faham mengenai penyakit, tiada komunikasi dan penyalahgunaan dadah juga boleh memburukkan keadaan sehingga pesakit kehilangan kerja atau tempat berlindung, mahupun terdorong melakukan jenayah kecil (hasil daripada halusinasi, tetapi jumlahnya kecil).

Secara umumnya pesakit yang mengalami masalah schizofrenia pada usia muda lebih sukar dirawat berbanding individu yang mula mendapat gangguan mental ketika dewasa dan matang. Ini kerana personaliti stabil dapat mengelak seseorang diancam gangguan mental.

Namun, setiap pesakit masih ada harapan untuk kembali menjalani kehidupan normal dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat yang perlu dimakan sepanjang hayat.

Ubat generasi baru antipsikotik seperti aripiprazole didapati mampu mengembalikan keseimbangan dopamin dalam otak yang secara tidak langsung memberi kesan positif terhadap semua gejala schizofrenia, termasuk masalah kemurungan dan keresahan berpanjangan.

Ubat ini bagaimanapun tidak mampu menyembuhkan schizofrenia, tetapi mengawal gejala dan membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal yang lebih baik. Stigma takut kesan sampingan selalu membuatkan pesakit berhenti mengambil ubat.


Ahli keluarga perlu bersikap prihatin tetapi ada perkara mesti diberi perhatian, iaitu:

- Jangan bersikap terlalu mengongkong.

- Jangan suka memberi kritikan negatif terhadap semua tindakan pesakit.

- Beri pesakit peluang berdikari dan membuat keputusan sendiri.

- Rangsang pesakit supaya dia bersemangat dan berfikiran positif.

- Elak membiarkan pesakit bersendirian dan bermuram.

- Bantu pesakit mengenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaian.

- Timbulkan suasana gembira dan memasukkan pesakit dalam semua aktiviti keluarga supaya pesakit berasa dihargai.

No comments: